I made this widget at MyFlashFetish.com.

Blogger news

Monday, February 28, 2011

gravity lighting photography

salam u all's..hehe.pekaba?sehat2 la slalu ye..ok..kali ini aku nk talk2 siket ape yng di katakan gravity lighting photography nims..bende ni baru kat malaysia dan di asasklan oleh ank muda tempatan yang diorang gelarkan hikajamari group xsilap aku.(klu salah tolong btolkan ye geng).baru2 ni ade artikel diorang pasal teknik nims keluar kat majalah 3 sabtu lepas..pergh..mengaum beb..smart lol..teknik ni klu nk gunakan x jauh bezanya @ lebih kurang dengan teknik slow shutter yang biasa diguna pkai oleh photog2 klu nk amik gmbar startrail atau nighttrail..alaa..yang lampu jd panjang2 tu..teknik menggunakan slow shutter dan aperture yang kecil bg menghadkan kemasukan cahaya..pastu tunggu la beberapa second utk melihat imej yng dihasilkan dr kamera kita..hehe..nk jadikan crita..lepas habis jerk artikal hikajamari group nims aku trus mmbuat dan mengaplikasikan teknik diorang tayang tu..tq u all's..majukan industri fotografi Malaysia!!..nah..amek bbarapa kepims yang..err..boleh la utk orng yang noob mcm haku nims..kehkehkeh..
mmenyibuk je anak buah aku nims




Thursday, February 24, 2011

Etika melawak dan bergelak ketawa.



Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا
Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua.

Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.

Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.
Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا
Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”Said bin al-‘As berkata:

“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg ***** akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.



moral of the story : JANGAN BUAT LAWAK BODO + 18SX..

Wednesday, February 23, 2011

Salam.. tu all viewers ada pun gambar yg ditunjukkan dibawah ini adalah gambar bebudak semasa kenduri di Sri Al-Ainani, Taman Sri Andalas ( 2011 )



Monday, February 21, 2011

Majlis nikah adik perempuan saya

Salam u alls..pada kali ni aku nak post beberapa kepims gambar majlis nikah adik aku yang berlangsung di bangunan MAIS Shah Alam..kat mane?..alaa..yang dekat depan masjid negeri@Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah..berita gembiranya ini adalah 1st job aku..tp yang kurang gembiranya aku xbape hengat tarikh die..huahaha..korang layan lah sendiri eh..


















Mereka yang terlibat!!

haaa??pe yang terlibat..pe diorang da buat?hehe..sebenarnya xde papepom..sj je saya nk wat gimik..sebenarya ape yang saya maksudkan adalah mereka yang terlibat dalam pembikinan blog nims..ape..hengat filem drama je ade sutrada..we all pom ade gak..hehehe..tp x berbayar..hahaha..ikhlas ye kengkawan demi memajukan blog kite...ok..kat bawah nims aku perkenalkan mereka2 yang terlibat...jom...
jamani
 Nama : Jamani bin Ngadini (wong jowo ki)
sebagai pengupdate blog mengenai pengetahuan agama & am. Die jugak sebagai pencetus idea umtuk kewujudan blog nims..ehehe.
lan
Nama : Haslan Bin Ruhinin
Sebagai orang yang bertanggungjawab mengupload gambar terkini yang dirasakan perlu..photographer la gitu....bnyak sket gambar lan..ekeke..


izu wanzi

Nama : Mohd Izzuwan Bin Razali
Sebagai tulang belakang kewujudan blog ni..dipendekkan maksud sebagai ICT la..klu de perubahan pattern ke, templet ke, bekgron ke..die la we all cari..huahahah (tengok yang ade arrow ye...)

apis ict
Nama : Mohd Hafiz Bin Mohd Zaini
Sebagai Penasihat IT kepada we alls..klu kitorang da penin sgt die la kitorang refer...jangan mare....

khairul
Nama : Khairul Azhar Bin Omar
Mamat ni pulak sebagai 2nd photog..klu lan demam ke bz ke die ni bekap la..kerja amal yang lain mengupdate blog..hahaha..(poyo la tu sie pakai tie songkok sume)



Majlis Perkahwinan Mus& shidah

salam sume dan sejahtera2 lah selalu ye..ceewahh..ok..rasanya mcm dah agk lama aku x update blog nims..baru2 ni aku n seorang partner ada wat sedikit 'job' pada ujung minggu pada 4&5 febuari kat bentong..alhamdulillah coce agk menarik pada hari tu..awam berkepol2 bahasa.nak dijadikan cerita aku pom melakukan tugas seperti yang di amanahkan sehingga la ke petang..aku de kepilkan bape kepims utnuk u alls tengok..
Psst..waktu balik member aku g pusing janda baik..termuntah2 aku dibuatnya..habis ego kejantanan aku..huh..












Friday, February 18, 2011

Pesoalan Fiqh: Hukum Melihat Gambar Lucah

Assalammualaikum....

selama nie,saya selalu tercari-cari ruangan yg mana saya bulih mengemukakan kemusykilan saya lantaran dari kejahilan diri. Alhamdullilah hari ni saya dah berjumpa ngan laman yg sesuai. Sebagai permulaan, saya ingin bertanya apakah hukum kita melihat gambar2 18sx nie?Adakah ia jatuh dalam hukum dosa besar atau apa?Harap saya dapat diberikan penjelasan memandangkan kecetekan ilmu agama saya nie...hehehe
-----

w'salam

Gambar 18sx ataupun lucah adalah haram. Saya lampirkan jawapan THTL:

Hukum melihat aurat perempuan bukan muhrim yg tidak menutup aurat baik secara zahir atau gambar mereka di kaca TV atau filem. Jumhur ulama' mengharamkannya, ini berdasarkan hadis Ali bin Abi Talib ra, " Ya Ali janganlah kamu susuli pandangan dengan pandangan yang lain pula sesungguhnya pandangan pertama itu milik kamu, tapi pandangan kedua, bukan milik kamu." (Syaikh Ali alSais, tafsir Ayatu Ahkam, 3/162). TV hari ini adalah ciptaan yg menakjubkan dan boleh dimanfa'atkan oleh Islam dan umatnya untuk menyibarkan maklumat dan ilmu serta hiburan yg terkawal. Oleh kerana TV dan programnya tidak dikawal, maka umat Islam perlulah menapis program mana yg sesuai untuk keluarganya. Jika semua rancangan yg disajikan mendedahkan aurat, maka pilihlah rancangan yg benar-benar perlu sahaja, misalnya berita kerana niat kita ialah maklumat. (Prof Dr Abdullah Nasih Ulwan, Hukm alIslam fi Wasail al I'lam)